Preloader Image

20 Jamadilakhir 1446H

Sun, 22 Dec 2024

Pray Time

Chinese | Dutch | French | German | Indonesian | Italian | Japanese | Malay | Sahih International | Tafsir الجلالين | Thai

Holy Quran » AL WAAQI'AH : 21 - 40



56 : 21
وَلَحْمِ طَيْرٍ مِّمَّا يَشْتَهُونَ
Serta daging burung dari jenis-jenis yang mereka ingini.
56 : 22
وَحُورٌ عِينٌ
Dan (mereka dilayani) bidadari-bidadari yang cantik parasnya,
56 : 23
كَأَمْثَالِ اللُّؤْلُؤِ الْمَكْنُونِ
Seperti mutiara yang tersimpan dengan sebaik-baiknya.
56 : 24
جَزَاء بِمَا كَانُوا يَعْمَلُونَ
(Semuanya itu) sebagai balasan bagi (amal-amal baik) yang mereka telah kerjakan.
56 : 25
لَا يَسْمَعُونَ فِيهَا لَغْوًا وَلَا تَأْثِيمًا
Mereka tidak akan mendengar dalam Syurga itu perkataan yang sia-sia dan tiada pula sesuatu yang menyebabkan dosa; -
56 : 26
إِلَّا قِيلًا سَلَامًا سَلَامًا
Mereka hanya mendengar ucapan: " Selamat! Selamat! " (dari satu kepada yang lain).
56 : 27
وَأَصْحَابُ الْيَمِينِ مَا أَصْحَابُ الْيَمِينِ
Dan puak kanan, - alangkah bahagianya keadaan puak kanan itu?
56 : 28
فِي سِدْرٍ مَّخْضُودٍ
Mereka bersenang-lenang di antara pohon-pohon bidara yang tidak berduri.
56 : 29
وَطَلْحٍ مَّنضُودٍ
Dan pokok-pokok pisang yang tersusun rapi buahnya,
56 : 30
وَظِلٍّ مَّمْدُودٍ
Dan naungan yang tetap terbentang,
56 : 31
وَمَاء مَّسْكُوبٍ
Dan air yang sentiasa mengalir,
56 : 32
وَفَاكِهَةٍ كَثِيرَةٍ
Serta buah-buahan yang banyak,
56 : 33
لَّا مَقْطُوعَةٍ وَلَا مَمْنُوعَةٍ
Yang tidak putus-putus dan tidak pula terlarang mendapatnya,
56 : 34
وَفُرُشٍ مَّرْفُوعَةٍ
Dan tempat-tempat tidur yang tertinggi keadaannya.
56 : 35
إِنَّا أَنشَأْنَاهُنَّ إِنشَاء
Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa,
56 : 36
فَجَعَلْنَاهُنَّ أَبْكَارًا
Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh),
56 : 37
عُرُبًا أَتْرَابًا
Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya.
56 : 38
لِّأَصْحَابِ الْيَمِينِ
(Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan;
56 : 39
ثُلَّةٌ مِّنَ الْأَوَّلِينَ
Iaitu sebilangan besar dari orang-orang yang terdahulu,
56 : 40
وَثُلَّةٌ مِّنَ الْآخِرِينَ
Dan sebilangan besar dari orang-orang yang datang kemudian.


Share: