Surah ke-3 · 200 ayat

ALI 'IMRAN (KELUARGA 'IMRAN) — Ayat 25

25

فَكَيْفَ إِذَا جَمَعْنَاهُمْ لِيَوْمٍ لاَّ رَيْبَ فِيهِ وَوُفِّيَتْ كُلُّ نَفْسٍ مَّا كَسَبَتْ وَهُمْ لاَ يُظْلَمُونَ

Oleh itu, bagaimana pula (hal keadaan mereka) ketika Kami himpunkan mereka pada hari (kiamat), yang tidak ada syak padanya; dan (pada hari itu juga) disempurnakan kepada tiap-tiap seorang, balasan apa yang ia telah usahakan, sedang mereka masing-masing tidak akan dianiaya.

Tafsir Ibnu Katsir

Tafsir

Maka bagaimanakah keadaan mereka apabila Kami himpunkan mereka pada hari yang tidak ada keraguan padanya, iaitu hari kiamat. Dan tiap-tiap diri akan dibalas dengan sepenuhnya apa yang telah diusahakannya, baik dan buruk, dan mereka tidak akan dianiaya sedikit pun oleh kerana berkurangnya amal kebaikan dan bertambahnya amal keburukan.