Surah ke-37 · 182 ayat
ASH SHAAFFAAT (YANG BER SHAF-SHAF) — Ayat 28
28
قَالُوا إِنَّكُمْ كُنتُمْ تَأْتُونَنَا عَنِ الْيَمِينِ
Pengikut-pengikut berkata (kepada ketuanya):" Sesungguhnya kamu dahulu selalu datang menyekat kami (daripada beriman) dengan menggunakan kuasa kamu".
Tafsir
Mereka berkata, maksudnya pengikut di antara mereka kepada orang yang mereka ikuti, “Kamu selalu datang kepada kami dari arah yang benar,” dari arah yang kami rasa selamat daripadamu kerana sumpahmu bahawa kamu berada di arah yang benar, maka kami percaya kepadamu dan mengikutimu. Maksudnya ialah kamu menyesatkan kami.