FAATHIR (PENCIPTA) — Ayat 2
مَا يَفْتَحِ اللَّهُ لِلنَّاسِ مِن رَّحْمَةٍ فَلَا مُمْسِكَ لَهَا وَمَا يُمْسِكْ فَلَا مُرْسِلَ لَهُ مِن بَعْدِهِ وَهُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ
Apa jua jenis rahmat yang dibukakan oleh Allah kepada manusia, maka tidak ada sesuatupun yang dapat menahannya; dan apa jua yang ditahan oleh Allah maka tidak ada sesuatupun yang dapat melepaskannya sesudah itu. Dan (ingatlah) Dia lah sahaja yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
Tafsir
{Apa sahaja rahmat yang dibukakan oleh Tuhan untuk manusia} seperti rezeki dan hujan {tiada sesiapa yang dapat menahannya. Dan apa sahaja yang Dia tahan} daripadanya {tiada sesiapa yang dapat melepaskannya selepas-Nya} iaitu selepas Dia menahannya. {Dan Dialah Yang Maha Perkasa} yang menguasai perintah-Nya {Yang Maha Bijaksana} dalam tindakan-Nya.