Surah ke-36 · 83 ayat
YAA SIIN — Ayat 28
28
وَمَا أَنزَلْنَا عَلَى قَوْمِهِ مِن بَعْدِهِ مِنْ جُندٍ مِّنَ السَّمَاء وَمَا كُنَّا مُنزِلِينَ
Dan Kami tidak menurunkan kepada kaumnya sesudah ia (mati) sebarang pasukan tentera dari langit (untuk membinasakan mereka), dan tidak perlu Kami menurunkannya.
Tafsir
{Dan Kami tidak menurunkan kepada kaumnya} iaitu Habib {selepasnya} selepas kematiannya {mana-mana tentera dari langit} iaitu malaikat untuk membinasakan mereka {Dan Kami tidak akan menurunkan} malaikat untuk membinasakan sesiapa pun.