Preloader Image

21 Jamadilawal 1446H

Sat, 23 Nov 2024

Pray Time


53 : 41
ثُمَّ يُجْزَاهُ الْجَزَاء الْأَوْفَى
Kemudian usahanya itu akan dibalas dengan balasan yang amat sempurna;
53 : 42
وَأَنَّ إِلَى رَبِّكَ الْمُنتَهَى
Dan bahawa sesungguhnya kepada hukum Tuhanmu lah kesudahan (segala perkara);
53 : 43
وَأَنَّهُ هُوَ أَضْحَكَ وَأَبْكَى
Dan bahawa sesungguhnya, Dia lah yang menyebabkan (seseorang itu bergembira) tertawa, dan menyebabkan (seseorang itu berdukacita) menangis;
53 : 44
وَأَنَّهُ هُوَ أَمَاتَ وَأَحْيَا
Dan bahawa sesungguhnya, Dia lah yang mematikan dan menghidupkan;
53 : 45
وَأَنَّهُ خَلَقَ الزَّوْجَيْنِ الذَّكَرَ وَالْأُنثَى
Dan bahawa sesungguhnya, Dia lah yang menciptakan pasangan - lelaki dan perempuan, -
53 : 46
مِن نُّطْفَةٍ إِذَا تُمْنَى
Dari (setitis) air mani ketika dipancarkan (ke dalam rahim);
53 : 47
وَأَنَّ عَلَيْهِ النَّشْأَةَ الْأُخْرَى
Dan bahawa sesungguhnya, Dia lah yang tetap menghidupkan semula (makhluk-makhluk yang mati);
53 : 48
وَأَنَّهُ هُوَ أَغْنَى وَأَقْنَى
Dan bahawa sesungguhnya, Dia lah yang memberikan (sesiapa yang dikehendakiNya) apa yang diperlukannya dan memberikannya tambahan yang boleh disimpan;
53 : 49
وَأَنَّهُ هُوَ رَبُّ الشِّعْرَى
Dan bahawa sesungguhnya, Dia lah Tuhan (Pencipta) "Bintang Syikra;
53 : 50
وَأَنَّهُ أَهْلَكَ عَادًا الْأُولَى
Dan bahawa sesungguhnya, Dia lah yang membinasakan kaum "Aad" yang pertama (kaum Nabi Hud), -
53 : 51
وَثَمُودَ فَمَا أَبْقَى
Dan kaum "Thamud" (kaum Nabi Soleh). Maka tidak ada seorangpun (dari kedua-dua kaum itu) yang dibiarkan hidup.
53 : 52
وَقَوْمَ نُوحٍ مِّن قَبْلُ إِنَّهُمْ كَانُوا هُمْ أَظْلَمَ وَأَطْغَى
Dan kaum Nabi Nuh sebelum itu (telah juga dibinasakan). Sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang sangat zalim dan sangat melampaui batas.
53 : 53
وَالْمُؤْتَفِكَةَ أَهْوَى
Dan bandar-bandar yang ditunggang balikkan itu, Dia lah yang (mengangkatnya ke angkasa dan) menghempaskannya ke bumi;
53 : 54
فَغَشَّاهَا مَا غَشَّى
Lalu (penduduk) bandar-bandar itu diliputi azab seksa yang meliputinya.
53 : 55
فَبِأَيِّ آلَاء رَبِّكَ تَتَمَارَى
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhanmu (yang tidak terhingga itu) engkau ragu-ragukan (wahai manusia)?
53 : 56
هَذَا نَذِيرٌ مِّنَ النُّذُرِ الْأُولَى
(Al-Quran) ini adalah pemberi amaran di antara jenis-jenis amaran yang telah lalu!
53 : 57
أَزِفَتْ الْآزِفَةُ
Telah hampir masa datangnya saat yang dekat itu (hari kiamat);
53 : 58
لَيْسَ لَهَا مِن دُونِ اللَّهِ كَاشِفَةٌ
Tidak ada sesiapapun selain Allah yang dapat menahan atau menghapuskan huru-hara "hari kiamat" itu.
53 : 59
أَفَمِنْ هَذَا الْحَدِيثِ تَعْجَبُونَ
Maka patutkah kamu merasa hairan terhadap keterangan-keterangan Al-Quran ini (sehingga kamu mengingkarinya)?
53 : 60
وَتَضْحَكُونَ وَلَا تَبْكُونَ
Serta kamu tertawa (mengejek-ejeknya), dan kamu tidak mahu menangis (menyesali kesalahan kamu serta takutkan balasan buruk yang akan menimpa kamu)?


Share: